Thursday, 5 January 2017

Jika suka janganlah keterlaluan & Jika membenci janganlah sepenuh hati

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah : 216)

Ayat yang muncul di benakku semalam. Right before I fell asleep. Ayat ini dah lama aku ketahui namun tidak pernah ku ambil tahu pengajaran yang tersirat di sebaliknya.

Namun selepas apa yang telah terjadi kepadaku mutakhir ini membuatkan aku terfikir dan memahami pengajaran yang tersirat dan tersurat di sebalik ayat ini.

Sungguh manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan namun itu adalah pelajaran yang harus di ambil iktibar dan pengajaran.

" Seorang gadis berdoa agar insan yang ditemuinya tanpa sengaja adalah insan yang terbaik baginya, namun dia telah meletakkan harapan pada insan tersebut lebih dari pengharapan kepada Tuhannya, lalu Allah mengujinya dengan menarik balik insan tersebut dari hidupnya."

"Dia kecewa kerana terlalu mengharap, namun setelah beberapa ketika, dia sedar bahawa dia telah meletakkan cinta dan harapannya pada manusia lebih dari cinta dan harapan kepada Tuhannya sedangkan dia mengharapkan syurga Tuhannya, apakah itu wajar sebagai seorang hamba yang menginginkan syurga Tuhannya namun hatinya tidak tulus mencintai Tuhannya."

Lama kelamaan dia sedar bahawa harapan dan tawakal hanya boleh digantungkan kepada Tuhannya. Dan dia terus menerus berdoa dan menggantungkan harapan dan doanya hanya pada Tuhannya.

Dan dia juga sedar bahawa jika dia menyukai sesuatu, dia harus menyukai seadanya tanpa keterlaluan dan jika dia membenci sesuatu, dia tidak boleh membenci sepenuh hati kerana dia sedar dia hanyalah hamba kepada Tuhannya...

Wallahualam..




Monday, 28 November 2016

Memaknakan Bahagia pada Kita

Menjadi bahagia, bukanlah karena sikap orang lain yang menyenangkan atau menyakiti kita. Tetapi menjadi bahagia adalah karena pilihan kita sendiri untuk menjadi bahagia.

Menjadi bahagia adalah tentang bagaimana kita mensetting hati, pikiran dan laku dan keseharian kita, dan semua itu adalah terletak diatas keinginan dan kemauan kita sendiri.


Lalu, apakah ada kebahagiaan dalam kesabaran? Tentu saja ada. Seseorang yang beriman kepada Allah, akan selalu bahagia dalam sabarnya. 

Hal ini wajar, karena pikirannya akan tertuju kepada nikmat pahala dan kebahagiaan akherat yang pasti Allah berikan sebagai balasannya.

Dan sekali lagi, hal ini hanya berlaku hanya untuk para hati yang benar- benar beriman kepada Allah.



Selanjutnya, dalam kesabaranpun juga terkandung kebahagiaan yang lain. Seperti kata pepatah, bahkan batupun bisa akan berlubang jika ditetesi air secara terus menerus. 

Garis hidup yang memang tidak mudah di lalui pada awalnya dengan sikap yang bernama sabar, namun di episode akhir, InsyaAllah kita akan berhasil mengubah seseorang, yang tanpa sadar 

Justeru akan mencontohi perbuatan baik yang telah kita lakukan, hanya kerana kita mampu bersabar.  

Dan adalah sebuah kepastian bagi siapapun yang akhirnya menemui dirinya di masa depan menjadi peribadi yang disegani dihadapan kawan mahupun lawan.




Maka jadilah pahlawan bagi diri sendiri, iaitu yang mampu mengangkat darjat diri sendiri diatas kesabaran, dan selalu hadiahkan diri kita dengan sebuah rasa syukur kepada Allah. 

Sungguh, orang yang damai dan bahagia dengan dirinya, sesungguhnya tidak memerlukan apa- apa lagi, Kecuali Allah, yang Maha membantu dalam menyelesaikan masalahnya, dan selalu akan menyertai hari- harinya. 

Dan dengan begitu, bisa disimpulkan pula, bahwa dia telah menjadi pemimpin terbaik atas dirinya, iaitu dengan menyandarkan pilihan dan keluh kesahnya dengan yang Maha Menyelesaikan, apa sahaja.  

Dan ketika kita sudah merasa memiliki dan begitu dekat dengan Allah, maka semudah itu kita akan mutuskan, ternyata begitu mudah mendapatkan sebuah bahagia...

Memahami Makna Ikhlas...


Sejak dulu hinggalah sekarang, aku masih berusaha memahami apa itu makna ikhlas. Ikhlas yang sesungguhnya. Ikhlas yang sebenar-benarnya. Ikhlas yang membawa kepada bahagia kepada pemiliknya. Ikhlas yang boleh membawa kepada ketenangan.
.
Mengapa harus memahami makna ikhlas?
Aku merasa sangat penting memahami makna ikhlas kerana aku yakin bahwa itu adalah jalan terindah menuju kebahagiaan.

Hati manusia tak ubahnya seperti samudera, kerana di dalamnya terdapat berjuta-juta rahsia, berjuta-juta mutiara hikmah dan kebijaksanaan, berjuta kebaikan dan keprihatinan, sekaligus berjuta keburukan dan kedustaan.
..
Pada hati manusia terdapat keimanan, kemunafikan, keingkaran, kefasikan, kesabaran, kesyukuran, kelembutan, kekerasan, keikhlasan, senang, susah, sedih, gembira, dan masih banyak lagi yang lainnya.
.
Didalam hati itulah keikhlasan atau kesyirikan bersemayam. Hati manusia inilah yang akan menentukan, apakah yang akan ia perbuat dan untuk siapa perbuatan itu ia persembahkan.
.
Berbicara tentang keihklasan, sesungguhnya kita sedang membicarakan perihal hati. Ada baiknya, sama-sama kita fahami terlebih dulu, makna dibalik sebuah kata ‘Ikhlas’.
Ikhlas itu, Rahsia antara manusia dengan Allah. Kita akan dapat merasakan desiran getar-getar keikhlasan saat ia memenuhi hati.
.
Kita akan merasakan keikhlasan saat air mata kita mengalir, Hati itu tergerak dan terdorong kuat untuk melakukan amal ketaatan.
.
Saat kita menemukan diri kita yang begitu berkeinginan melakukan suatu amal ketaatan, lalu kita menunaikannya dengan penuh cinta dan ketulusan,
.
Disitu kita akan tahu bahwa disana ada keikhlasan tanpa perlu menafsirkannya...
Idea asal: blog kisah dalam bingkai


He,


Who has nothing,


Has Allah


He,


Who has Allah,


Has everything...






No matter what,


No matter how,


Be close to Allah,


Allah is the one that you should turn yourself into..



Monday, 3 August 2015

Life Chapter



"Save yourself from worrying. Somebody else already took care of your affairs for you."
Reliance on Allah is not that you don't work. It is that you don't worry.

some versus of the Quran :
...
{Then, when you have decided upon a course of action, place your trust in God: for, verily, God loves those who place their trust in Him.} (Aal `Imran 3:159)
{In God, then, let the believers place their trust!} (Aal `Imran 3:160)

Sunday, 2 August 2015

Hari ini dan Esok

“Ada manusia yang terlalu sibuk dan risau memikirkan hari esok sehingga tidak menyedari bahawa hari ini sudah berlalu, disia-siakan dengan perkara yang dia tidak boleh buat keputusan atau tidak tahu apa yang akan terjadi, sedangkan malaikat maut sentiasa menantinya, amalannya entah dimana, dek kerana kerisauannya yang keterlaluan tentang apa yang akan terjadi pada hari esok”


“Belajarlah untuk menghargai waktu yang kamu lalui saat ini kerana sudah pasti kamu tidak dapat kembali ke waktu itu lagi dan berhentilah untuk risau tentang hari esok kerana belum tentu lagi kamu akan berada disitu seandainya malaikat maut menjemputmu sebentar lagi”




Bukan untuk sesiapa..


Tetapi itu untuk aku..


Aku yang terlalu sibuk memikirkan hari esok..


Sehingga aku tidak belajar menghargai masa yang aku ada hari ini..


Itu aku..


Ya Allah ampunilah dosa-dosaku..


Terimalah segala amal ibadahku..


Kerana aku...


Hamba yang berdosa.......








Wednesday, 8 July 2015

Yakin!



Allah tahu awak penat..


Allah tahu awak susah..


Allah tahu awak lelah..


Allah tahu..


Allah dengar,


Tapi kenapa Allah masih tidah beri apa yang awak mahu?


Sebab Allah nak tengok tahap sabar dan ikhlas..


Sebab Allah suka tengok awak usaha..


Tak nak tengok awak putus asa...


Nanti Allah akan berikan satu persatu..


Yakinlah!


^^