Sunday, 14 December 2014

Rindu

Melihatkan umatmu mutakhir ini,
Umat yang di akhir hayatmu masih disebut-sebut ummati, ummati, ummati..
Sedih, sungguh sedih....
Berbicara tanpa usul periksa..
Fitnah yang dianggap biasa... tanpa terdetik rasa berdosa...
Aku rindukanmu, sungguh, sungguh rindu..
Bilamana wasiat terakhirmu tak diambil berat,
Al-quran dan sunnah yang ditinggal jauh..
hilang..hilang ditelan rakus "masa" yang bernama kemodenan...
Sungguh..sungguh aku rindu sirah perjuanganmu,
demi hanya untuk umat akhir zaman ini,
yang semakin lama semakin hilang, dan terus menghilang..
Agama yang telah engkau perjuangkan dahulu, yang engkau bermati-matian untuk sampaikan..kini tinggal hanya pada nama dan kad pengenalan..
Aku rindu, sungguh rindu...
Nabiku Muhammad s.a.w.
Contoh tauladan terbaik...aku rindu padamu wahai habiballah,....

Masa Silam

Mungkin kita rasa diri kita dulu selalu buat jahat,
Kita nampak orang lain selalu buat baik,
Tapi INGATLAH!!
Allah tidak melihat masa silam kita tapi Allah lihat masa sekarang kita,
Sama ada kita terus berusaha menjadi lebih baik,
Berusaha untuk buat baik walaupun disakiti,
Allah nilai usaha kita tu..
So why not we support each other to be a better people..
Hidayah Allah itu mahal, hanya untuk orang-orang yang berusaha untuk dekat denganNya..
Jangan kata siapalah kita untuk dapat hidayah Allah tanpa kita berusaha untuk dapatkan..
Aku menulis bukan kerana aku ini baik, aku juga punya kisah silam sendiri ..hanya Allah yang mengetahui tetapi ianya bukan penghalang untuk aku terus berusaha untuk mendapatkan hidayah Allah yang mahal itu.
Mari kita terus berusaha untuk capai keredhaan Allah itu insyaAllah 

Tuesday, 2 December 2014

The Computer

Assalamualaikum.. ^_^
terasa nak menulis hari ini,
Bercerita tentang hidup,
Setiap ujian yang Allah beri tidak akan sama antara satu sama lain,
Dan pengalaman yang dikutip melalui ujian yang diberi tu takkan dirasai tanpa dilalui,
Life is not like a computer,
kalo betul boleh Enter..
Kalau salah boleh Backspace..
kalau takut boleh Escape..
kalau tak nak hilang ingatan boleh Save..
kalau dah tak nak ingat sesuatu yang tak suka boleh Delete..
kalau nak senang hidup boleh Control..
kalau nak tukar2 apa2 boleh Shift..
kalau dah tak tahu cara boleh Alternate..
Kalau mengantuk boleh Sleep..
Kalau tak nak jumpa orang boleh Hibernate
Kalau nak mati boleh Shut Down.. 

pastu nak hidup On semula..
No life is not like that,
Sometimes we wish it to be like that but believe in Allah,
He got plans for you to carry out,
Not simply living like a computer