“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah : 216)
Ayat yang muncul di benakku semalam. Right before I fell asleep. Ayat ini dah lama aku ketahui namun tidak pernah ku ambil tahu pengajaran yang tersirat di sebaliknya.
Namun selepas apa yang telah terjadi kepadaku mutakhir ini membuatkan aku terfikir dan memahami pengajaran yang tersirat dan tersurat di sebalik ayat ini.
Sungguh manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan namun itu adalah pelajaran yang harus di ambil iktibar dan pengajaran.
" Seorang gadis berdoa agar insan yang ditemuinya tanpa sengaja adalah insan yang terbaik baginya, namun dia telah meletakkan harapan pada insan tersebut lebih dari pengharapan kepada Tuhannya, lalu Allah mengujinya dengan menarik balik insan tersebut dari hidupnya."
"Dia kecewa kerana terlalu mengharap, namun setelah beberapa ketika, dia sedar bahawa dia telah meletakkan cinta dan harapannya pada manusia lebih dari cinta dan harapan kepada Tuhannya sedangkan dia mengharapkan syurga Tuhannya, apakah itu wajar sebagai seorang hamba yang menginginkan syurga Tuhannya namun hatinya tidak tulus mencintai Tuhannya."
Lama kelamaan dia sedar bahawa harapan dan tawakal hanya boleh digantungkan kepada Tuhannya. Dan dia terus menerus berdoa dan menggantungkan harapan dan doanya hanya pada Tuhannya.
Dan dia juga sedar bahawa jika dia menyukai sesuatu, dia harus menyukai seadanya tanpa keterlaluan dan jika dia membenci sesuatu, dia tidak boleh membenci sepenuh hati kerana dia sedar dia hanyalah hamba kepada Tuhannya...
Wallahualam..