Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Gafir ayat 2-3 yang bermaksud;
Kitab ini (Al-Qur'an) diturunkan dari Allah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Mengetahui ; yang mengampuni dosa dan menerima taubat dan keras hukumanNya ; yang memiliki karunia. Tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepadaNyalah (semua makhluk kembali).
Lagi firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Gafir ayat ke 7-9 yang bermaksud ;
(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arsy dan (malaikat) yang berada di sekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhannya dan mereka beriman kepadaNya serta memohonkan ampunan untuk orang-orang yang beriman (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada padaMu meliputi segala sesuatu, maka berlah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mngikut jalan (agama) Mu dan peliharalah mereka dari azab api neraka ; Ya Tuhan kami, masukkan mereka ke dalam syurga 'Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka, dan orang yang soleh diantara nenek moyang mereka, isteri-isteri, da keturunan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana ; Dan peliharalah mereka dari (bencana) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (bencana) kejahatan pada hari itu, maka sungguh, Engkau telah menganugerahkan rahmat kepadanya dan demikian itulah kemenangan yang agung.
Sungguh besar rahmat ALLAH itu kepada mereka yang beriman dan bertaqwa sehingga malaikat juga mendoakan kesejahteraannya.. Aku juga ingin menjadi seperti itu namun ujian demi ujian yang datang kadang-kala amat menguji kesabaranku namun aku tahu mana mungkin seorang hamba Allah itu mengatakan dirinya sudah beriman padahal dia belum diuji.. Oleh itu Ya Allah aku tidak mahu meminta engkau meringankan ujian itu kerana aku tahu Engkau memberi ujian setimpal dengan kemampuanku namun aku ingin meinta kepadaMu Ya Allah agar aku diberi kekuatan untuk menghadapinya dengan sabar dan solat kerna aku aku tahu Engkau sentiasa bersama-samaku...
Monday, 28 April 2014
Dia Insan Bergelar Seorang Ayah
Kesedihan dihati kadang-kala hanya mampu diucapkan dengan linangan air mata.. sungguh lemah hambaMu ini Ya Allah..kenangan 15 tahun hidup bersamanya masih belum mampu dilupakan sehingga hari ini.. begitu besar pengorbanan dan jasanya buat diriku sehingga kini masih terngiang-ngiang suaranya, terlihat-lihat kelibat tubuhnya, terbayang-bayang wajahnya hampir di setiap sudut hidup hambaMu ini Ya Allah...
Dia yang tidak pernah jemu menghantar dan menjemputku pulang dari sekolah tepat pada waktunya dan kadang-kala dia datang lebih awal dengan motor tuanya walaupun dalam hujan lebat, panas matahari yang membakar kulit, namun dia tetap setia, pernah suatu ketika dia pernah berkata kepada emakku bahawa aku anak yang pandai, namun dia tidak pernah mengatakannya kepadaku sehinggalah dia pergi meninggalku buat selama-lamaya, walaupun kadang-kala kami ada berselisihan pendapat namun ada masanya kami sama-sama menyokong pendapat antara satu sama lain, Ya Allah sesungguhnya aku rindu kepadanya, rindu untuk memanggil namanya..
Pernah ada satu ketika dia yang tidak pernah menunjukkan minatnya kepada radio di rumahku tiba-tiba bertanya kepadaku bagaimana hendak membukanya.. aku terkejut seketika dan kemudiannya menolongnya, sungguh senyuman di wajahnya itu belum pernah kulihat segembira itu seumur hidupku.. Dia juga insan yang tidak sempat melihatku menjejakkan kaki di menara gading namun aku itu adalah harapan darinya yang tidak pernah merasa erti bersekolah seumur hidupnya agar mampu megubah diri menjadi lebih baik.. Ya Allah kau tempatkanlah dia di tempat yang mulia, tempat yang kau telah janjikan di syurga.. Sesungguhnya dia juga manusia yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan namun dengan rahmatMu Ya Allah ampunkanlah dosa-dosanya..
Dia insan yang aku sayangi, walaupun ketika hidupnya aku jarang-jarang menunjukkan kasih sayangku kepadanya, Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur kerana kau telah mengurniakan dia ke dalam hidupku walaupun seketika..Pemergiannya amat dirasai sehingga hari-hari yang dilalui terasa begitu sepi lebih-lebih lagi apabila menjelangnya Aidilfitri dan Aidiladha kerana dia pergi meninggalkan kami pada malam Aidiladha yang mulia iaitu hampir 7 tahun yang lepas...
Sesungguhnya dialah insan yang bergelar seorang ayah yang tiada galang-gantinya.. Semoga damai rohnya di sana dan dikurniakan syurga yang dia akan kekal didalamnya buat selama-lamanya... Al-Fatihah buat ayahku Ahmad Bin Limin.....Sesungguhnya aku menulis bukan untuk meraih simpati, juga bukan kerna nama, tetapi sifat kasih sesama manusia untuk saling ingat-mengingati bahawa besarnya pengorbanan seorang ayah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. demi anaknya yang tercinta walaupun kadang-kala tidak pernah dihargai sedikitpun pengorbanan itu oleh anaknya...

Sunday, 27 April 2014
Aku amat memerlukanMu Ya Allah, Tika ini, Saat ini dan Selamanya
Hari-hari yang dilalui terasa sukar tanpa pertolongan dariMu Ya Allah.. semuanya sangat berat dan sangat mencabar kesabaran daripada hambaMu ini... selalu diungkapkan kata-kata ini namun sejauh mana kita telah meletakkan kebergantungan kita kepada Allah dengan sepenuhnya? adakah apabila kita berada di dalam kesusahan baru terbuka hati kita untuk meminta kepadaNya, merayu kepadaNya, sujud kepadaNya? sedarlah bahawa Allah itu sentiasa bersama-sama dengan kita di masa kita susah ataupun senang namun kita hanya ingat kepada Allah setelah diberi ujian musibah atau kesukaran dalam hidup tetapi di masa kita senang adakah kita masih mengingati Allah sedangkan nikmat kesengan itu juga kurniaan daripada Allah.
Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan:
"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas". (Surah al-'Araf, 55).
Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk tawaadduk dan penuh pengharapan kepada Allah, insyaAllah Allah pasti akan mendengarnya. Namun janganlah bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya.
Firman Allah:
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).
FirmanNya juga:
"Dan Tuhan kamu berfirman, berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu". (Surah Ghafir, 60).
"Dan Tuhan kamu berfirman, berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu". (Surah Ghafir, 60).
Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang akan ragu-ragu terhadap penerimaan doanya oleh Allah s.w.t..
Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.
Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum dimakbulkan Allah, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimakbulkan. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawadduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim.
Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti doa dimakbulkan dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.
Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya :)
The Road Not Taken
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
Robert Frost
Mungkin kadang-kadang kita pernah terfikir mengapa Allah memilih kita untuk berjuang di jalan dakwah ini tetapi tidak pernahkah kita imbas kembali firman Allah s.w.t. yang bermaksud tidaklah aku ciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepadaku. Juga firman Allah s.w.t dalam surah al-Asr yang bermaksud:
Demi masa, Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian.melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran
Dalam fiman Allah s.w.t. ini jelas menunjukkan bahawa manusia itu dicipatan dengan ada tujuannya, so mengapa perlu lagi mempersoalkan lagi mengapa kita bukannya dia yang sepatutnya berada di jalan ini, why not we ask ourselves, if not me, who else gonna be in this road? Oleh itu sama-sama kita hayati erti perjuangan ini...renung-renungkan dan selamat beramal ^_^
Allah, Make Me Strong !!
I know I'm waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
coz...nothing in life is free
I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day I'll be ok
But we'll never know cause
That's not the way it works
Help me find my way
Ya ALLAH, show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I'm waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day you'll forgive me
But we'll never know cause
That's not the way it works
I beg for your mercy
Ya ALLAH, show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong.....
I know I'm waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
coz...nothing in life is free
I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day I'll be ok
But we'll never know cause
That's not the way it works
Help me find my way
Ya ALLAH, show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I'm waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day you'll forgive me
But we'll never know cause
That's not the way it works
I beg for your mercy
Ya ALLAH, show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong.....
Ciri-ciri seorang muslimah :) yang aku ingin menjadi sepertinya...
1. Solat tepat waktu
2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
3. Setiap bicaranya bermula dengan kalimah Bismillah.
4.
Butir bicaranya terselit dengan kalimah Alhamdulillah, InsyaALLAH, Subhanallah,
Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
5. Tidak mengeluh dengan masalah remeh dalam kehidupan sehariannya.
6. Bercakap dengan suara yang rendah.
7. Lembut dan halus tingkahlakunya.
8. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
9. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
10. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka yang bukan Islam.
11. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
12. Pandai mengambil hati orang tua.
13. Menghormati dan taat ibubapa.
14. Kesayangan keluarga dan tetangga.
15. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
16. Sentiasa berkuku pendek bagi menyempurnakan wudhu.
17. Rambut tak diwarnakan.
18. Murah dengan senyuman.
19. Banyak mendengar dari bercakap.
20. Senyuman adalah ketawanya.
21. Tidak ketawa terbahak-bahak.
22. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
23. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
24. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
25. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
26. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
27. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
28. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf kedudukan.
29. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
30. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan yang syubhah.
31. Sayangkan dan kasihkan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
32. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bercucuk tanam.
33. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.

Kadang-kala kita lebih mengambil berat pandangan manusia berbanding pandangan ALLAH itu sendiri..itu memang diakui kerana kita dikelilingi oleh manusia namun begitu jangan jadikan itu sebagai satu alasan mengapa kita tidak pernak ada usaha untuk mengutamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia.. mari sama2 kita laksanakan anjakan paradigma untuk terus berubah ke arah lebih baik kerana masih belum terlambat lagi..InsyaAllah :)
Subscribe to:
Comments (Atom)