Monday, 28 April 2014

Dia Insan Bergelar Seorang Ayah

Kesedihan dihati kadang-kala hanya mampu diucapkan dengan linangan air mata.. sungguh lemah hambaMu ini Ya Allah..kenangan 15 tahun hidup bersamanya masih belum mampu dilupakan sehingga hari ini.. begitu besar pengorbanan dan jasanya buat diriku sehingga kini masih terngiang-ngiang suaranya, terlihat-lihat kelibat tubuhnya, terbayang-bayang wajahnya hampir di setiap sudut hidup hambaMu ini Ya Allah...

Dia yang tidak pernah jemu menghantar dan menjemputku pulang dari sekolah tepat pada waktunya dan kadang-kala dia datang lebih awal dengan motor tuanya walaupun dalam hujan lebat, panas matahari yang membakar kulit, namun dia tetap setia, pernah suatu ketika dia pernah berkata kepada emakku bahawa aku anak yang pandai, namun dia tidak pernah mengatakannya kepadaku sehinggalah dia pergi meninggalku buat selama-lamaya, walaupun kadang-kala kami ada berselisihan pendapat namun ada masanya kami sama-sama menyokong pendapat antara satu sama lain, Ya Allah sesungguhnya aku rindu kepadanya, rindu untuk memanggil namanya..

Pernah ada satu ketika dia yang tidak pernah menunjukkan minatnya kepada radio di rumahku tiba-tiba bertanya kepadaku bagaimana hendak membukanya.. aku terkejut seketika dan kemudiannya menolongnya, sungguh senyuman di wajahnya itu belum pernah kulihat segembira itu seumur hidupku.. Dia juga insan yang tidak sempat melihatku menjejakkan kaki di menara gading namun aku itu adalah harapan darinya yang tidak pernah merasa erti bersekolah seumur hidupnya agar mampu megubah diri menjadi lebih baik.. Ya Allah kau tempatkanlah dia di tempat yang mulia, tempat yang kau telah janjikan di syurga.. Sesungguhnya dia juga manusia yang tidak pernah lari dari membuat kesilapan namun dengan rahmatMu Ya Allah ampunkanlah dosa-dosanya..

Dia insan yang aku sayangi, walaupun ketika hidupnya aku jarang-jarang menunjukkan kasih sayangku kepadanya, Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur kerana kau telah mengurniakan dia ke dalam hidupku walaupun seketika..Pemergiannya amat dirasai sehingga hari-hari yang dilalui terasa begitu sepi lebih-lebih lagi apabila menjelangnya Aidilfitri dan Aidiladha kerana dia pergi meninggalkan kami pada malam Aidiladha yang mulia iaitu hampir 7 tahun yang lepas...

Sesungguhnya dialah insan yang bergelar seorang ayah yang tiada galang-gantinya.. Semoga damai rohnya di sana dan dikurniakan syurga yang dia akan kekal didalamnya buat selama-lamanya... Al-Fatihah buat ayahku Ahmad Bin Limin.....Sesungguhnya aku menulis bukan untuk meraih simpati, juga bukan kerna nama, tetapi sifat kasih sesama manusia untuk saling ingat-mengingati bahawa besarnya pengorbanan seorang ayah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. demi anaknya yang tercinta walaupun kadang-kala tidak pernah dihargai sedikitpun pengorbanan itu oleh anaknya...

No comments:

Post a Comment