Thursday, 5 March 2015

Reminder For Today

A very deep expression from our parent which left a deep thought for me T_T


Sekadar peringatan kita bersama..
Anak-anakku yang dikasihi, di saat kamu melihat kami semakin tua , kami mohon kamu bersabar. Fahamilah keadaan yang kami lalui. Sekiranya kami sering mengulangi tajuk yang sama di dalam tuturkata kami, janganlan berkata : "kan MAK/ABAH dah cakap tadi... Ni cakap lagi" dengarkan sahaja, tolong ya... "Ingat tak? Semasa kamu kecil, kami melayan soalan kamu yang sama, berkali2 dengan rasa gembira..."
Jika kami tidak mahu mandi, jangan marah dan m...
emalukan kami kerana "Ingat tak? Semasa kamu kecil, kami berkejar ke sana ke mari untuk menangkap kamu dan membawa kamu ke bilik mandi 🚿 untuk memandikan kamu..."
Pabila kamu melihat kami tidak tahu mengendalikan apa jua alatan berteknologi baru, jangan pandang kami rendah kerana "Ingat tak? Semasa kamu kecil sayang, kami tidak jemu mengajar kamu membuat banyak benda seperti makan dengan betul, πŸ‘š memakai baju, menyikat rambut serta menjalani kehidupan setiap hari..." Kami mohon kamu faham dengan keadaan yang kami lalui sekarang...
Sekiranya tiba2 kami tidak faham atau lupa dengan topik yang sedang dibualkan, berilah kami masa untuk kami mengingatkannya. Janganlah kamu merasa takut atau gelisah kerana kami sentiasa memerlukan kamu untuk bersama2 kami di sepanjang masa...
Dan apabila kaki kami semakin lemah dan tidak berdaya, hulurkan tangan kamu untuk membantu kami berjalan kerana "Ingat tak? Semasa kamu kecil, kami membantu kamu bertatih dan akhirnya kamu berjalan sendiri..." πŸšΆπŸšΆπŸšΆπŸƒπŸƒπŸƒ
Pada masa kami melalui masa tua kami, jangan bersedih. Beradalah bersama kami sehingga kami mengakhiri perjalanan hidup kami bersama kamu yang kami kasihi...
Untuk semua yang telah kami kongsikan bersama kamu, anakku, kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Dengan senyuman dan kasih sayang yang tidak pernah pudar buat kamu, percayalah... kamu sentiasa dihati kami ...
-copypaste-



FOR US TO REMEMBER T_T

No comments:

Post a Comment