Wednesday, 8 July 2015

Yakin!



Allah tahu awak penat..


Allah tahu awak susah..


Allah tahu awak lelah..


Allah tahu..


Allah dengar,


Tapi kenapa Allah masih tidah beri apa yang awak mahu?


Sebab Allah nak tengok tahap sabar dan ikhlas..


Sebab Allah suka tengok awak usaha..


Tak nak tengok awak putus asa...


Nanti Allah akan berikan satu persatu..


Yakinlah!


^^

Tuesday, 7 July 2015

Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum w.b.t.


Perkongsian di Bulan Ramadhan dari PU fakrul yang berkesempatan menyampaikan ceramah bertajuk Malam Lailatul Qadar di tempat praktikal-Infineon Technologies..


Alhamdulillah syukur kepada Allah..walaupun di tempat kerja,waktu rehat tengahari di bulan ramadhan ini dimanfaatkan dengan mengadakan ceramah agama buat semua pekerja yang beragama Islam......

 Apakah maksud malam Lailatul Qadar?



Malam lailatul Qadar adalah 10 malam terakhir dalam bulan ramadhan. Ada ulama' menyatakan bahawa malam lailatul Qadar ialah malam yang ganjil…


Apa yang dimaksudkan dengan ganjil ialah malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29 ramadhan..


Namun, jangan disebabkan kita nak kejar malam Lailatul Qadar kita hanya beribadah pada malam-malam yang ganjil sahaja kerana Allah menyuruh umat Nabi Muhammad S.A.W mempertingkatkan amal ibadah di 10 malam terakhir.. bukan untuk mengejar malam Lailatul Qadar….


Malam Lailatul Qadar adalah rahsia Allah buat hamba-hambanya yang ikhlas dan bersungguh-sungguh beribadah di dalam bulan ramadhan..


Namun begitu ada beberapa tanda yang boleh kita boleh lihat sebagai contoh pokok-pokok kelihatan seperti bersujud..


“Ni nanti jangan sebab nak tahu malam tu malam malam Lailatul Qadar dok tunggu kat halaman rumah, dalam hati tertanya-tanya bila la pokok ni nak sujud, aku tunggu x sujud2 pun” ~~


Bukan begitu caranya..


Ada pula yang menyatakan bahawa pada malam lailatul Qadar air beku seperti ais…


“Saya pernah mengalami peristiwa ini… (dalam hati ustaz ni nak cerita jugak ke pengalaman lailatul Qadar-tak takut jadi riak ke?)


“Pada malam tu saya bangun pada pukul 4 pagi, lepas tu saya buka peti ais….???”


Bila sebut peti ais semua dah ketawa…. Dalam peti ais mestilah air beku..~~


Kalau air beku macam mana kapal laut nak lalu ~~


Dan banyak lagi perkongsian dari beliau....


Alhamdulillah sebab Allah gerakkan hati nak ikut-kalau ikutkan perasaan malas ermmm~~ rasa rugi pula kalau tak pergi lepas dengar perkongsian dari beliau…


^^

Thursday, 2 July 2015

Untuk Aku

Meniti perjalanan sebuah kehidupan bukan semudah yang disangka,


Banyak liku-liku tajam, duri yang menyucuk menanti dihadapan,


Bagi meneruskan hidup,


Pengalaman yang tidak semua orang nak laluinya,


Terpaksa diredah, sebelum datangnya redha dalam hati,


Namun Allah tahu, Engkau insan yang hebat,


Kau hadapi jua semua halangan dan rintangan,


Walaupun sebelum ini tidak pernah kau terfikir akan melaluinya,


Meredah hujan panas,


Demi menimba ilmu dan pengalaman,


Kau turutkan jua,


Kau kuatkan hati, kuatkan minda dan fizikal,


Agar kau merasa bersedia menghadapinya,


Namun adakalanya panas tidak selalunya berlanjutan ke petang,


Hujan turun di tengah hari,


Kau kaget,


Allah sakitnya, trauma dan kau rasa kau tidak mampu nak hadapinya lagi,


Seakan-akan kau rasa mahu berhenti di pertengahan jalan,


Satu episode kehidupan yang kau tak rasa kau nak teruskan,


Namun Allah sentiasa sayangkan kau,


Dipujuk hati kau kembali padaNya,


Untuk kau teruskan perjuangan yang telah kau mulakan,


Untuk kau tidak putus asa dengan rahmatNya,


Kau nekad untuk yakin dan yakin dengan aturan Allah,


Kau yakinkan diri Allah yang telah menentukan segala perkara yang pernah terjadi dalam hidup kau,


Kerana dengan yakin denganNya,


kau merasa lebih tenang,


Lebih lapang minda dan fikiran,


Kerana kau tahu,


Allah sudah merancang sesuatu yang lebih baik jika kau sabar dan yakin denganNya.


~Nukilan~





Wednesday, 1 July 2015

Kisah kejadian penciptaan Alam

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, "Rasulullah SAW pegang tanganku dan bersabda,


"Allah Azza Wa Jalla menciptakan tanah pada hari sabtu,

 Kemudian menjadikan di dalamnya gunung ganang pada hari Ahad,


 Lalu menciptakan pokok-pokok pada hari Isnin,


 Kemudian menciptakan hal yang dibenci iaitu kesusahan pada hari Selasa,


 Menciptakan cahaya pada hari Rabu,


 Menjadikan binatang melata di atas muka bumi pada hari Khamis,


 Dan mnciptakan Adam a.s selepas asar pada hari Jumaat sebagai makhluk terakhir,


 Pada waktu terakhir antara Asar hingga menjelang Maghrib..."



[Hadis Riwayat Muslim]


Allah have completed our day,
Everything is perfect,
Tak ada apa yang terlihat kurang,
Cuma kita kurang bersyukur,

 Extra one second to say....


Alhamdulillah ^^


cnp dari seorang sahabat,
Rasa seronok baca post yang macam ni...


Alhamdulillah ^^,