Thursday, 2 July 2015

Untuk Aku

Meniti perjalanan sebuah kehidupan bukan semudah yang disangka,


Banyak liku-liku tajam, duri yang menyucuk menanti dihadapan,


Bagi meneruskan hidup,


Pengalaman yang tidak semua orang nak laluinya,


Terpaksa diredah, sebelum datangnya redha dalam hati,


Namun Allah tahu, Engkau insan yang hebat,


Kau hadapi jua semua halangan dan rintangan,


Walaupun sebelum ini tidak pernah kau terfikir akan melaluinya,


Meredah hujan panas,


Demi menimba ilmu dan pengalaman,


Kau turutkan jua,


Kau kuatkan hati, kuatkan minda dan fizikal,


Agar kau merasa bersedia menghadapinya,


Namun adakalanya panas tidak selalunya berlanjutan ke petang,


Hujan turun di tengah hari,


Kau kaget,


Allah sakitnya, trauma dan kau rasa kau tidak mampu nak hadapinya lagi,


Seakan-akan kau rasa mahu berhenti di pertengahan jalan,


Satu episode kehidupan yang kau tak rasa kau nak teruskan,


Namun Allah sentiasa sayangkan kau,


Dipujuk hati kau kembali padaNya,


Untuk kau teruskan perjuangan yang telah kau mulakan,


Untuk kau tidak putus asa dengan rahmatNya,


Kau nekad untuk yakin dan yakin dengan aturan Allah,


Kau yakinkan diri Allah yang telah menentukan segala perkara yang pernah terjadi dalam hidup kau,


Kerana dengan yakin denganNya,


kau merasa lebih tenang,


Lebih lapang minda dan fikiran,


Kerana kau tahu,


Allah sudah merancang sesuatu yang lebih baik jika kau sabar dan yakin denganNya.


~Nukilan~





No comments:

Post a Comment