Thursday, 21 May 2015

Ukhuwwah

Bismillahirrahmanirrahim..


Dengan nama Allah yang maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani........


Adap menerima berita- kaji dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau sebaran...


Sahabat yang baik tidak akan mudah terasa hati dengan sahabat lebih-lebih lagi jika kita tidak selalu ada tatkala mereka memerlukan kita...

Oleh itu kita tidak boleh sentiasa mengharapkan mereka ada bersama kita ketika kita pula ditimpa kesusahan...


Mereka juga masih bergelut dengan masalah mereka sendiri....
 

Berusahalah menjadi sahabat yang baik,
Cuba untuk mengingati kebaikan yang mereka curahkan kepada kita ketika kita hendak marah atau benci kepada mereka...



Jangan mudah terdorong dengan emosi..
Kadang-kala kita tidak sedar sebenarnya diri kita adalah punca kepada masalah tersebut...



Dah lama ada bersama-sama?
Kenal tidak sebenarnya-benarnya sikap sahabat itu?

Jika kenal maka sudah pasti tidak sukar untuk kita memahaminya..


Oleh itu renung-renungkanlah wahai sahabatku,
Kerana aku juga sedang berusaha ke arah itu......



Masih banyak yang perlu diperbaiki..
Jangan merasakan diri sudah sempurna..
Tidak pernah melakukan kesilapan...


Kerana kita hanya hamba Allah yang tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan..
Bertaubatlah...
Pintu taubat itu sentiasa terbuka buat hamba-hambanya...

No comments:

Post a Comment