Tuesday, 25 November 2014

Muslimah High Class

Bagaimana menjadi muslimah 'High Class’

Motivate diri dengan mengatakan setiap hari, “Aku muslimah High
 Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang. Aku ingin berakhlak seperti
 akhlak ahli syurga."

Syurga itu mahal, di huni oleh orang-orang mahal (High Class
 dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah). Bukan yang 
sebaliknya.

Muslimah High Class adalah yang takut kepada Allah dan
 RasulNya. Beriman dan bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-
benarnya. Sangat ambil berat akan perintah Allah. Sangat takut
 akan marahnya Allah kepada dirinya. Dia meletakkan Allah adalah
 keutamaan yang utama dalam segala yang dia lakukan. Setiap
 perintah Allah cuba dipatuhi.

Solat 5 waktu, menutup aurat, berbakti kepada kedua ibubapa, rajin membaca Al-Quran dan menuntut ilmu, taat kepada suami,
mendidik anak dengan baik dan lain-lain lagi.

Muslimah yang High Class itu yang setia. Setia dalam banyak
 perkara. Terutama sabar dan solat. Setia dalam berpesan-pesan
kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Setia
 dalam membaca Al-Quran walaupun pada permulaan dia letakkan
 target sehari sehelai.

Muslimah High Class setia dalam mencurahkan kasih sayang yang
 High Class kepada ibubapanya, kepada suaminya, kepada guru-
gurunya, kepada sahabat-sahabatnya, kepada anak-anaknya dan
 kepada seluruh manusia yang lain mengikut syariat yang
 digariskan dalam islam dan mencontohi sikap Nabi Muhammad
 SAW.

Muslimah High Class muslimah yang berani untuk mengambil
 langkah untuk berubah. Dia berani untuk berubah walaupun perlu
 menggunakan “analogi anak kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan
 sehingga menjadi pandai berjalan dan akhirnya pandai berlari.

Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi yang terpilih tapi
tidak memilih. Melangkahlah perlahan-lahan. Jika sebelum ini
 tidak solat, sekarang sudah solat juga satu perubahan. Jika sebelum
 ni bercakap kasar, sekarang berusaha sedikit demi sedikit untuk
 menjaga tutur kata juga ialah satu perubahan.

Muslimah High Class seorang yang tabah hatinya dalam ujian
 hidup. Allah menguji kita sesuai dengan kesanggupan kita. Allah
 menguji kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi tabah
 dan menjadi perempuan yang berdikari, matang, kental jiwanya
 walau apa jua di hadapan. Allah mempersiapkan diri kita untuk amanah-amanah yang lebih banyak di masa akan datang.

Muslimah High Class sedar, tahu, dan mahu. Dia sedar yang
akhirnya dia akan mati dan kembali kepada Allah. Dia sedar yang
 setiap apa yang dia lakukan didunia akan dicatat samaada sebagai
pahala dan dosa. Kerana matlamatnya ingin bertemu dengan Allah,
 Rasulullah, dan berbahagia selama-lamanya di Syurga.

Sama sama kita berusaha menjadi Muslimah High Class.

Wallahu a'lam ️

Allahuakbar!

Prayer is where,
An amazing exchange happens...
You hand over your worries to Allah and He hands over His peace to you..
Allah

 T_T


Banyak perkara dalam hidup ini kita kena lalui untuk kita hargai
Kita kena rasai untuk kita berfikir
Kita kena kuatkan hati untuk kita terus melangkah
Kita kena paksa untuk kita tahu erti ikhlas
Kita kena lepaskan untuk kita tahu erti redha
Kita kena rindu untuk tahu erti merindui
Kita kena rendahkan hati untuk tahu erti syukur

Tapi yang pasti, setiap yang dilalui itu sudah tertulis qada' dan qadarnya
Maka bersabarlah wahai hamba
Doa itu senjata buat orang-orang mukmin
Yakinlah pertolongan Allah itu dekat
Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama-sama kamu

Cinta Sejati

Letakkan dunia di tangan bukan di hati....
Letakkan hati pada ukhrawi bukan duniawi....
Kerana cinta sejati lagi hakiki adalah cinta Ilahi Rabbi.....
Kerana cinta sejati itu menyembuhkan bukannya menyakiti....




Thursday, 20 November 2014

Impianku

"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah kamu ke dalam syurga-Ku." ( Surah Al-Fajr ayat 27-30)

My Mom My Hero

My mom,
My hero, my best friend, my inspiration, my life tutor, my greatest teacher in life, my best listener, my everything....
You didn't study in university, you didn't live a comfortable life like others,
You didn't know how to speak other language except malay,
You didn't really know how to use handphone,
You did't even know what facebook is, BUT
You didn't know the meaning of giving up in life,
You didn't stop thinking on how to seek for money to buy your children food and drink...
You didn't know how to forget to pray for your children everyday for their happiness although you didn't really know what happiness means for you..
You didn't really know how to forget your husband who already passed away and left you with the children who are still young and keep praying for him..
I want you to know that you are my everything although you can't read this..
Hopefully Allah will take care of you for me....
I also will try my best in everything I do like you!!!
I miss you so much mom...
my mom Esah binti Abdul Rahman

Sunday, 16 November 2014

Ujian Dan Kasih Sayang ^^,

Hadapilah hidup dengan jiwa yang positif. 

Sungguh, memang banyak kepayahan, ujian dan mehnah dalam hidup sehingga tidak jarang membuat kita kadangkala terduduk, rasa letih, rasa putus asa, rasa mahu berhenti, rasa geram, rasa marah. 

Namun positifkanlah jiwa kita, positifkan cara fikir kita, dan teruskanlah maju dalam hidup. Ada kesusahan dan dugaan hidup yang mungkin tidak dapat kita harus depani, yang tidak dapat tidak kita elak, yang tidak dapat kita ubah. 

Tetapi, kita boleh ubah cara dan sikap kita mendepani kesusahan dan dugaan itu. Dengan jiwa dan minda yang positif, yang berat terasa ringan dihadapi, yang susah terasa lebih lapang dihadapi.

Mintalah minta kepada Allah jiwa dan minda yang sentiasa positif. Yang dapat kekal bersangka baik kepada Allah dikala ujian menjengah, yang tetap dapat terus tersenyum meskipun bertimpa kesusahan mendatang, yang meyakini bahawa Allah tidak mensia-siakan kesabaran hamba-Nya dikala dia sangat membutuhkan pertolongan tuhannya. 

Mintalah minta. Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah. Jangan pernah berhenti berusaha. 

Demi Allah yang nyawa kita ditangan-Nya, sesungguhnya jiwa mukmin itu adalah jiwa yang dididik untuk sentiasa positif dalam hidupnya. Diberi nikmat, bersyukur. Diuji, bersabar. Semua itu adalah baik untuknya..So cheer up !!!

Tuesday, 11 November 2014

Kasut

You will never know how they feels unless you had experienced it before...
You will never understand them if you never put yourself in their shoes...

Jika kita perasan, kita terlalu memikirkan susahnya hidup kita ini, macam-macam perkara yang datang, macam-macam ujian yang kita kena hadapi..

Tapi kita selalu lupa siapa pengirim ujian itu..Kita kena positifkan diri semula dengan cara berfikir bahawa setiap ujian yang hadir itu tanda Allah s.w.t. nak kita cari Dia untuk mengadu, untuk mohon pertolongan,

Dan Allah dah berfirman dalam Al-Quran supaya apabila diberi ujian, kita hendaklah sabar dan solat, Allah tak minta pun kita selesaikan masalah tu, Allah tak minta kita untuk fikir pun masalah tu sampai tak boleh tidur, tak boleh makan, tak boleh nak buat kerja lain.. Allah hanya minta kita untuk sabar dan solat..

Key word kat sini ialah sentiasa meletakkan kebergantungan hanya kepada Allah s.w.t. bukan kepada makhluk.. Kita pula tidak sedar apabila kita diberi sesuatu ujian, terus mengadu pada manusia bukan pada Allah..Allah...

Marilah kembali muhasabah diri, kita dicipta bukan untuk sia-sia tetapi ada tujuan..
Kembalilah semula pada fitrah kita yang mengharap hanya kepada pencipta kita.. bukan kepada makhluk yang juga dicipta

Jika kamu mengejar cinta Allah, insyaAllah semua yang sebelum ini kamu kejar akan kejar kamu pula..
Ingat janji Allah itu benar.........

Monday, 10 November 2014

Kita Insan pelupa

Allahuakbar!!!
Kita rasa hebat dimata manusia tapi kita lupa sebenarnya Allah yang tutup segala keaiban kita....
Kita rasa hebat beri tazkirah tapi kita lupa sampai ke tidak ke jiwa orang yang mendengar....
Kita nak orang dengar apabila kita bercakap tapi kita lupa untuk beri tumpuan bila orang lain bercakap....
Kita asyik fikir kita hebat untuk tarbiyah orang lain tapi kita lupa tarbiyah itu tidak akan sampai apabila ia disampaikan oleh jiwa-jiwa yang lemah..
Kita asyik fikirkan kejayaan tapi kita lupa untuk berusaha dan ikhlas menuntut ilmu kerana Allah sahaja....
Banyak yang kita lupa tapi Allah ingatkan semula..
Banyak dosa yang kita buat tapi Allah tarik balik hati kita untuk kembali padaNya..
Ingatlah wahai hati..kita tak punya apa-apa didunia ini..
Ini bukan milik kita..suatu hari semuanya akan pergi..
Yang tinggal hanya amalan yang kita buat kerana Allah dengan hati yang ikhlas
Allahuakbar!!!


Thursday, 6 November 2014

Kita Sang Pendosa

Dalam hidup ini pelbagai nikmat yang telah Allah kurniakan buat kita
Nikmat Iman, nikmat Islam, nikmat ibubapa, nikmat keluarga, nikmat kesihatan, nikmat pancaindera, nikmat pakaian, nikmat rumah, nikmat rezeki, nikmat masa lapang, nikmat kesusahan dan tak terkira banyaknya lagi nikmat yang Allah dah beri pada kita
Sedar tak sedar, sudah berpuluh-puluh tahun kita menggunakan nikmat kurniaan Allah tanpa putus
Tanpa Allah tarik sedikitpun nikmat yang dah Allah beri pada kita
Tetapi berbalik semula pada diri kita, adakah kita pernah sujud syukur atau mengucapkan "Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmatMu ini" 
Pernah tidak??
Despite of sins that we make,despite of everything that Allah hated it when we do it but we still do it, despite of our stubbornness to perform thing He asked us to do, He still gave us all those amenities
Did you realized that?
Pernahkah terfikir jika Allah tarik semula semua nikmat itu, apa yang akan berlaku pada diri kita, Pernahkah kita terfikir?
Kita hamba Allah yang sentiasa berbuat dosa, but do you realize that Allah still open His door for forgiveness no matter how severe the sins we made, 
Jahatnya kita pada Allah,
Baiknya Allah pada kita,
Betapa  banyaknya dosa yang kita dah buat tapi Allah masih beri nikmatnya and sometimes Allah masih makbulkan permintaan kita.
Did you realized that?
Sujud dan ucaplah alhamdulillah wahai hamba
Bertaubatlah sementara masih terbuka pintu taubat buatmu sebelum pintu itu ditutup buat selama-lamanya........



Be Yourself


Be yourself, its beautiful..
Although other might hate it
Be who you are
And say what you think
Those who mind don't matter
And those who matter doesn't mind

Wednesday, 5 November 2014

Hidup dan Pilihan

Kerana cinta dunia dan takut mati..

Hingga tidak gentar sedikit pun hati bila disebutkan nama Allah..

Banyaknya amalan tapi seperti buih dilautan, dihempas ombak terus hilang.. 

tiada kesan dihati...


Tahu rukun iman, tahu rukun islam tapi kenal tidak pada tuhan?

Hidup adalah pilihan, sudah tertulis qada dan qadar..

Tetapi pilihan untuk memilih jalan yang betul dan salah adalah pilihan sendiri..


Akhirnya,,,,,,,,,,,,,,, syurga atau neraka pilihanmu.............

Tuesday, 4 November 2014

Perancangan Dia adalah yang terbaik ^^,

BAYANGKAN
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.
Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt. SEBARKAN tulisan ini agar damai hati-hati yang membacanya..
Tazkirah..
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia 

kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil 

Tarbiyah Sentap



wahai para duat...

tanyalah dirimu..

andai suatu ketika dahulu berjuraian air matamu tiap kali dahimu disentuh ke sejadah..

maka setelah banyaknya kefahaman yg Allah hadiahkan buatmu..
setelah lajunya kamu mengorak langkah..
Sehingga tiada kerehatan buatmu...
sehingga kerja2 dunia mu terkejar-kejar kau siapkan kononnya kerana dakwahmu..
tapi tika itu jugalah kau adukan kepad akhawatmu..
" ukhti.. ana rasa keringlah.."
Bagaiman bisa wujud rasa itu..
sepatutnya semakin kita menderu..semakin basah tahajud kita..
tapi sebaliknya yang kau rasakan..


mungkin juga ukhti ku..

mungkin juga kerana ianya sudah menjadi rutin..

bukan lagi saat2 yang ditunggu-tunggu untuk mengadu segala lelahmu kepdaNya..

Ayuh kita kembali merefresh niat kita...

kerana apa kita berada di sini..


Sudahkah kita benar2 berterima kasih kepada Allah dengan nikmat kefahaman yg Dia hadiahkan buat kita pada hari ini..


andainya kamu tidak mampu menangis kerana TuhanMu..

Menangislah ukhtiku.. kerana kamu tidak mampu menangis..


cnp ^^,

quote for today

The most difficult person to FACE in life is yourself.
A GRATEFUL heart is the cure for loneliness.
Do not judge the FUTURE by the past.
Never stop reaching for the GOAL in front.
Hold on to your BELIEF, then you will overcome difficulties.
TRIVIALITIES can accumulate to an important episode.
Kind DEEDS can bring good returns.
DREAM is our motivation in life.
WISDOM is to understand that the world is ever-changing.
SINCERITY is a natural spring of water.
Danger brings us TRUE friends.
SMILE is the first step of a new life.
So, go on with your life with a new spirit.

Everyday is a new day.

Dimana Letaknya Allah Di Hati Kita

Setiap hari perkara yang sama diulang-ulang...

Diulang, diulang dan diulang tayang...

Sebagaimana bacaan dalam solat, setiap hari diulang..

Dari kita akil baligh sehinggalah sekarang,

Diulang,diulang dan diulang lagi...


Kita terus mencari,

Mencari, mencari dan terus mencari..

Sedangkan 99 nama Allah sudah ada dalam diri..

Penyucian hati dan jiwa jauh sekali..

Membawa diri untuk berjuang, tetapi hati penuh dengan kekotoron..

Bangunlah wahai hamba.

Bangunkan jiwamu..

Sucikan hatimu...

Letakkan Allah tertinggi tempatnya di hatimu..

Nescaya hebat jiwamu..

Bukan kerna kamu..

Tetapi kerna tuhanmu...

^^,

Aku dan Kamu

Buat Sang Pencipta

Sudah terasa jauh perjalanan yang dilalui namun penghujungnya belum ditemui
Keindahan alam ini terlalu indah hingga tiada kata-kata yang mampu diucapkan melainkan subhanaAllah indahnya alam ciptaanMu
Diperjalanan ini bermacam macam yang ditemui
Ada yang indah
Ada yang pahit
Ada yang manis
Namun semuanya mendidik diri untuk terus kuat dan terus kuat
meletakkan kebergantungan sepenuhnya padaMu
Kerna aku hanya hamba yang tidak putus melakukan dosa
Namun Kau masih kurniakan nikmatMu
Aku malu Ya Allah, aku malu
Malu dengan semua dosa yang aku lakukan
sedangkan nikmatMu tidak pernah putus buatku

Kurenungi masa lalu saat hati ini kau buka untuk menerima hidayahMu untuk berubah
Nikmat yang tidak semua yang berhasil mendapatkannya
Kau ketuk pintu hati ini untuk sentiasa berusaha untuk dekat denganMu
Sungguh nikmat ini belum pernah kurasakan
Rasa tenang dan bahagia
Selalu membawa hati ini untuk terus mengagumi kebesaranMu
Selalu menangis kerana dosa-dosa yang lalu
Selalu berfikir layakkah aku merimanya dan apakah aku benar-benar tulus mencintaiMu

Ya Allah, sungguh hambaMu ini masih meniti perjalanan yang panjang untuk bertemuMu
Kau hadirkanlah cinta, Kau hadirkanlah rindu, Kau hadirkanlah sayang yang hanya tulus ikhlas untukMu
Aku ingin sekali merasakan nikmat mencintaiMu Ya Allah~