Tuesday, 25 November 2014

Muslimah High Class

Bagaimana menjadi muslimah 'High Class’

Motivate diri dengan mengatakan setiap hari, “Aku muslimah High
 Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang. Aku ingin berakhlak seperti
 akhlak ahli syurga."

Syurga itu mahal, di huni oleh orang-orang mahal (High Class
 dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah). Bukan yang 
sebaliknya.

Muslimah High Class adalah yang takut kepada Allah dan
 RasulNya. Beriman dan bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-
benarnya. Sangat ambil berat akan perintah Allah. Sangat takut
 akan marahnya Allah kepada dirinya. Dia meletakkan Allah adalah
 keutamaan yang utama dalam segala yang dia lakukan. Setiap
 perintah Allah cuba dipatuhi.

Solat 5 waktu, menutup aurat, berbakti kepada kedua ibubapa, rajin membaca Al-Quran dan menuntut ilmu, taat kepada suami,
mendidik anak dengan baik dan lain-lain lagi.

Muslimah yang High Class itu yang setia. Setia dalam banyak
 perkara. Terutama sabar dan solat. Setia dalam berpesan-pesan
kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Setia
 dalam membaca Al-Quran walaupun pada permulaan dia letakkan
 target sehari sehelai.

Muslimah High Class setia dalam mencurahkan kasih sayang yang
 High Class kepada ibubapanya, kepada suaminya, kepada guru-
gurunya, kepada sahabat-sahabatnya, kepada anak-anaknya dan
 kepada seluruh manusia yang lain mengikut syariat yang
 digariskan dalam islam dan mencontohi sikap Nabi Muhammad
 SAW.

Muslimah High Class muslimah yang berani untuk mengambil
 langkah untuk berubah. Dia berani untuk berubah walaupun perlu
 menggunakan “analogi anak kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan
 sehingga menjadi pandai berjalan dan akhirnya pandai berlari.

Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi yang terpilih tapi
tidak memilih. Melangkahlah perlahan-lahan. Jika sebelum ini
 tidak solat, sekarang sudah solat juga satu perubahan. Jika sebelum
 ni bercakap kasar, sekarang berusaha sedikit demi sedikit untuk
 menjaga tutur kata juga ialah satu perubahan.

Muslimah High Class seorang yang tabah hatinya dalam ujian
 hidup. Allah menguji kita sesuai dengan kesanggupan kita. Allah
 menguji kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi tabah
 dan menjadi perempuan yang berdikari, matang, kental jiwanya
 walau apa jua di hadapan. Allah mempersiapkan diri kita untuk amanah-amanah yang lebih banyak di masa akan datang.

Muslimah High Class sedar, tahu, dan mahu. Dia sedar yang
akhirnya dia akan mati dan kembali kepada Allah. Dia sedar yang
 setiap apa yang dia lakukan didunia akan dicatat samaada sebagai
pahala dan dosa. Kerana matlamatnya ingin bertemu dengan Allah,
 Rasulullah, dan berbahagia selama-lamanya di Syurga.

Sama sama kita berusaha menjadi Muslimah High Class.

Wallahu a'lam ️

No comments:

Post a Comment