Monday, 10 November 2014

Kita Insan pelupa

Allahuakbar!!!
Kita rasa hebat dimata manusia tapi kita lupa sebenarnya Allah yang tutup segala keaiban kita....
Kita rasa hebat beri tazkirah tapi kita lupa sampai ke tidak ke jiwa orang yang mendengar....
Kita nak orang dengar apabila kita bercakap tapi kita lupa untuk beri tumpuan bila orang lain bercakap....
Kita asyik fikir kita hebat untuk tarbiyah orang lain tapi kita lupa tarbiyah itu tidak akan sampai apabila ia disampaikan oleh jiwa-jiwa yang lemah..
Kita asyik fikirkan kejayaan tapi kita lupa untuk berusaha dan ikhlas menuntut ilmu kerana Allah sahaja....
Banyak yang kita lupa tapi Allah ingatkan semula..
Banyak dosa yang kita buat tapi Allah tarik balik hati kita untuk kembali padaNya..
Ingatlah wahai hati..kita tak punya apa-apa didunia ini..
Ini bukan milik kita..suatu hari semuanya akan pergi..
Yang tinggal hanya amalan yang kita buat kerana Allah dengan hati yang ikhlas
Allahuakbar!!!


No comments:

Post a Comment