You will never know how they feels unless you had experienced it before...
You will never understand them if you never put yourself in their shoes...
Jika kita perasan, kita terlalu memikirkan susahnya hidup kita ini, macam-macam perkara yang datang, macam-macam ujian yang kita kena hadapi..
Tapi kita selalu lupa siapa pengirim ujian itu..Kita kena positifkan diri semula dengan cara berfikir bahawa setiap ujian yang hadir itu tanda Allah s.w.t. nak kita cari Dia untuk mengadu, untuk mohon pertolongan,
Dan Allah dah berfirman dalam Al-Quran supaya apabila diberi ujian, kita hendaklah sabar dan solat, Allah tak minta pun kita selesaikan masalah tu, Allah tak minta kita untuk fikir pun masalah tu sampai tak boleh tidur, tak boleh makan, tak boleh nak buat kerja lain.. Allah hanya minta kita untuk sabar dan solat..
Key word kat sini ialah sentiasa meletakkan kebergantungan hanya kepada Allah s.w.t. bukan kepada makhluk.. Kita pula tidak sedar apabila kita diberi sesuatu ujian, terus mengadu pada manusia bukan pada Allah..Allah...
Marilah kembali muhasabah diri, kita dicipta bukan untuk sia-sia tetapi ada tujuan..
Kembalilah semula pada fitrah kita yang mengharap hanya kepada pencipta kita.. bukan kepada makhluk yang juga dicipta
Jika kamu mengejar cinta Allah, insyaAllah semua yang sebelum ini kamu kejar akan kejar kamu pula..
Ingat janji Allah itu benar.........
No comments:
Post a Comment